CARA PERNIAGAAN ONLINE...
Untuk menjimatkan masa kajian anda, berikut saya senaraikan Top 15 kategori produk dan perkhidmatan di internet.
1. Pakaian/Fesyen.
2. Permainan Video.
3. Elektronik .
4. Perkakasan dan perisian komputer .
5. VCD dan DVD.
6. Buku.
7. Kad ucapan.
8. Perkakasan/perhiasan rumah.
9. Barang kemas atau aksesori wanita.
10. Kesihatan.
11. Pelancongan.
12. Kenderaan.
13. Hartanah.
14. Trading.
15. Muzik.
Semasa mengenalpasti keperluan, melaksanakan kajian pasaran adalah wajib. Anda perlu ketahui faktor 3P ini
supaya dapat menyesuaikan diri ke dalam bidang e-perniagaan yang sedang
hangat! Lebih banyak maklumat yang anda peroleh daripadanya, lebih
cerah peluang kejayaan anda.
*
Persaingan: Biasakan diri anda dengan beberapa perniagaan internet lain
yang sama dengan apa yang akan anda laksanakan (jika ada). Jika boleh,
elakkan persamaan atau peniruan yang ketara. Orang ramai bosan asyik
melihat benda yang sama berulang kali. Kaji kelebihan dan kelemahannya
dan ambil peluang dari itu.
* Pelanggan: Kaji pelbagai jenis pelanggan yang melakukan perniagaan online dan potensi pelanggan yang mungkin melawat laman web anda. Nilaikan keperluan dan apa yang mereka harapkan. Jangan lupa bahawa anda juga merupakan seorang pelanggan!
* Persekitaran: Kenali budaya internet. Ini termasuklah bahasa dan gaya komunikasi secara online. Jika anda kurang mahir, langgan beberapa e-zine (majalah/buletin elektronik) dan newsletter untuk bacaan anda.
Yang
penting, pertama sekali, tulis semua idea anda di atas sekeping kertas
(atau buku catatan supaya tidak hilang) sebelum idea itu hilang!
Tanyalah diri anda, “Apa yang orang cari di internet?” Ambil masa anda
kerana ianya bukan kerja semalaman (jangan terkejut kerana ia mungkin
memakan masa berhari-hari). Ambil masa anda dan dengan membuat kajian
pasaran yang teliti adalah lebih baik dari terus mengambil peluang dari
pandang pertama.
Bagaimana Pula Jika Anda Tiada Produk untuk Dijual?
Saya
mengambil peluang ini untuk menghapuskan satu mitos terbesar dari minda
anda. Jika anda fikir anda perlu mempunyai produk untuk dijual bagi
mendapatkan wang, anda sebenarnya salah! Anda masih boleh membuat wang
tanpa mencipta produk anda sendiri. Terdapat beberapa cara anda boleh
mendapatkan wang tanpa mempunyai produk untuk dijual!
Bagaimana?
Paling mudah, anda boleh menjadi referral
untuk mendapat komisyen atau menjual ruang iklan pada laman web atau
newsletter anda. Di sini, anda turut menjadi tukang promosi bagi produk
atau laman web tertentu dan anda akan dibayar untuknya.
Cara lain yang juga popular di internet adalah:
1. Membeli hak jualan semula (resell rights)
untuk produk orang lain dan mula menjual di internet tanpa obligasi
undang-undang. Setelah mendapat hak jualan, upload ke laman web anda dan
pandu trafik masuk dengan menggunakan enjin pencari (jangan risau, ini
akan diterangkan kemudian).
2. Mendaftar dengan program affiliate
dan tolong promosikan produk orang lain. Ini lebih mudah dari cara yang
pertama tadi. Jika anda bernasib baik, anda akan diberikan laman web
percuma atau link untuk dipromosikan. Anda hanya perlu mendaftar dengan
sebuah atau lebih program affiliate dan pandu trafik ke link anda. Cara
ini adalah yang paling popular di internet. Saya juga tidak melepaskan
peluang mencubanya.
Memang
ini berita baik buat anda dan mereka yang berpeluh memikirkan keperluan
membuat produk sendiri unduk dijual. Memang jarang peluang seperti ini
muncul. Orang seperti saya juga boleh berubah fikiran dalam sekelip
mata. Namun jika anda pembaca buku saya ini, saya akan beri peluang ini
dan tunaikan hajat anda. Seterusnya, izinkan saya pandu anda ke
pelajaran seterusnya.
Memilih Sebuah Model Perniagaan Online
Anda
telah memutuskan apa yang hendak ditawarkan kepada pelanggan anda?
Bagus! Perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah memilih Model
Perniagaan Internet yang tepat. Model perlulah tepat dan sesuai dengan
jenis produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Anda perlu
pertimbangkan:
• Margin Keuntungan. Semakin tinggi margin semakin bagus.• Penghantaran. Penghantaran boleh dihantar dengan mudah dan cepat melalui suatu sistem.
• Pembayaran. Pelbagai kaedah bayaran seperti cek, kad kredit dan perbankan internet agak menarik.
• Kos. Kurangkan kos atau kalau boleh tiada kos langsung.
Strategi
pemasaran yang berlainan diperlukan untuk Model Perniagaan yang
berbeza. Pilihlah Model Perniagaan yang mempunyai prospek terbaik untuk
produk anda. Sehingga saat saya menulis, terdapat 19 Model Perniagaan
Internet berkos rendah dan berkeuntungan tinggi di Malaysia sahaja dan
lebih 200 lagi seumpanya seluruh dunia. Pilihlah dengan bijaksana.
Kenalpasti Pasaran Sasaran Anda
Rahsianya
adalah hanya dengan membuat carian menggunakan enjin pencari seperti
Google dan Overture dengan menaip kata kunci (keywords) berkaitan dengan
produk atau perkhidmatan anda. Ini adalah untuk mencari sebanyak mana
laman web (tempatan atau antarabangsa), newsletter, forum dan sebagainya
yang berkaitan. Contoh, buka enjin pencari Google di www.google.com.my
dan taip kata kunci di ruang carian. Kemudian apa yang anda hajatkan
akan dipaparkan. Dapatkan Sebuah Nama Domain
Saya
pasti anda sudah tahu apa itu nama domain. Pemilihan nama domain yang
tepat akan memandu trafik terus ke laman web anda. Nama domain boleh
dinamakan dengan nama perniagaan anda atau apa yang anda tawarkan. Anda
pasti mahukan nama domain anda pendek, senang diingat dan agak catchy.
Seboleh-bolehnya, kaitkan dengan kata kunci perniagaan anda, ini akan
membantu ranking anda di enjin pencarian.
Contohnya:
www.rahsianakjadikayaraya.com
www.duittakhenti.com
www.syktkayaandakaya.net
Sebenarnya,
kata kunci adalah faktor penting yang akan membantu perniagaan anda.
Kata kunci yang tepat akan memaparkan laman web anda pada carian di
enjin pencari dan mengundang lebih kunjungan. Contohnya, jika anda
hendak mengajar menari, anda perlu tulis semua kata kunci berkaitan
tarian. Sebagai permulaan, tulislah 100 kata kunci. Kemudian? Tulis lagi
200 atau 300 jika perlu. Lebih banyak lebih bagus. Ingat bahawa anda
akan menggunakan nama domain tersebut pada suatu masa yang lama. Nasihat
dari saya, jangan malas sejak dari permulaan lagi. Anda boleh mulai
malas bila dah kaya nanti. Percayalah pada kata kunci. Saya amat
percaya. Jika anda praktikkan, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
Saya juga bermula dengan 200 kata kunci!
Saya
akan berikan satu lagi contoh yang mudah. Sudahkan anda berkahwin dan
mempunyai anak? Jika tidak, bayangkan sahaja. Anda dan isteri anda
dianugerahkan anak pertama. Anda dan isteri pasti mahu menamakannya
dengan nama yang terbaik bukan? Sudah pasti! Kita teruskan dengan topik
kata kunci tadi. Berdasarkan ratusan kata kunci tadi, pasti mudah untuk
membentuk nama domain anda sekarang. Contohnya mungkin
www.bagaimanamenari.com atau www.rajatari.com. Langkah seterusnya,
periksa samada nama domain tersebut telah didaftar atau tidak. Terdapat
banyak variasi nama domain yang terdapat di internet. Sambungan nama
domain juga perlu diambil kira. Berikut adalah sambungan yang anda akan
sering jumpa.
• .com – bermaksud komersial atau komuniti. Paling sering digunakan di internet.• .net – bermaksud network (jaringan)
• .org – bermaksud organisasi, sering digunakan oleh komuniti online
• .gov – bermaksud kerajaan dimana semua laman web kerajaan menggunakan domain ini
• .edu – bermaksud pendidikan.
• .biz – bermaksud bisnes atau perniagaan
• .my – negara asal laman web tersebut (my bagi Malaysia). Contoh lain ialah .si = Singapura, .uk = United Kingdom
Perkara
selanjutnya adalah mencari sebuah hos web. Semua perniagaan memerlukan
premis. Jika anda berniaga secara konvensional, anda perlu menyewa ruang
di pejabat atau di pusat membeli belah. Dalam konteks perniagaan
internet, ia memerlukan ruang secara maya. Caranya ialah dengan membuat
laman web dan mencari hos untuk laman anda. Dalam mencari hos yang baik,
pastikan hos anda mempunyai sambungan pantas ke internet dan mampu
menerima kunjungan (hits) yang banyak. Pastikan juga samada perkhidmatan
dan kemudahan berikut turut ditawarkan:
• Alamat email. Anda
sepatutnya mendapat beberapa email percuma untuk kegunaan anda.
Contohnya admin@namaanda.com. Ada juga yang turut memberikan
perkhidmatan autoresponder.• Nama Domain. Seperti yang telah dibincangkan.
• Perisian Laman Web. Anda perlu diberikan perisian untuk mengemaskini laman web, menggubahsuai dan sebagainya.
• Perisian Shopping Cart. Akan membantu anda dalam membuat jualan dengan efisien.
• Statistik Laman. Ia akan memberi statistik kunjungan ke laman anda.
• Pelbagai skrip sokongan dan sebagainya berkaitan jual beli dan perdagangan.
Membina Laman Web Yang Mudah dan Profesional
Memandangkan
anda menceburi bidang perniagaan, matlamat utama laman web anda ialah
untuk MENJUAL. Tiada yang lain! Oleh kerana itulah, JUALAN harus menjadi
fokus utama. Jangan jadikan bakal pelanggan anda keliru. Anda mungkin
menjejaskan potensi mereka sebagai pelanggan anda. Jika anda menjual
suatu produk atau perkhidmatan, pastikan mereka jelas akan SATU tindakan
yang anda mahu mereka ambil. Mereka mungkin MEMBELI atau TIDAK MEMBELI.
Adakah anda mahu mereka berlalu begitu sahaja? Pastinya TIDAK!
Jadi,
anda perlu pastikan mereka meninggalkan alamat email mereka atau
sebarang maklumat lain yang berguna. Ini untuk anda membuat tindakan
susulan (follow-up) yang akan meningkatkan peluang jualan anda.
Percayalah pada fakta ini, kebanyakan orang tidak membeli pada percubaan
pertama (first contact). Untuk tujuan itu, anda perlu menggunakan
kreativiti anda menulis surat jualan (sales letter) yang kompetitif
mengenai produk anda dan letakkannya di laman web anda. Anda boleh
tambahkan dengan gambar produk, testimoni dari pelanggan dan perkara
lain yang berkaitan. Oleh itu, fokus laman web anda ialah surat jualan
tersebut.
Sekarang kita lihat pula susun atur (layout) laman web anda. Teks anda boleh diwarnakan mengikut warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata manakala latar belakang seharusnya berwarna putih. Mengikut kebiasaan, laman yang terbaik untuk surat jualan ialah teks yang berwarna hitam dan berlatarbelakangkan putih, mudah dibaca. Anda sedang berniaga, jadi berpakaian lah seperti seorang usahawan.
Sekarang kita lihat pula susun atur (layout) laman web anda. Teks anda boleh diwarnakan mengikut warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata manakala latar belakang seharusnya berwarna putih. Mengikut kebiasaan, laman yang terbaik untuk surat jualan ialah teks yang berwarna hitam dan berlatarbelakangkan putih, mudah dibaca. Anda sedang berniaga, jadi berpakaian lah seperti seorang usahawan.
Dari sudut teknikal pula, anda boleh memilih salah satu dari tiga kaedah berikut untuk mereka bentuk laman web anda sendiri.
• DIY (Do It Yourself)
– Jika anda berkemahiran menggunakan alat-alat mereka bentuk laman web
seperti Microsoft FrontPage dan Macromedia Dreamweaver, pilihan ini
adalah yang terbaik untuk anda.
• Mengupah Orang Lain – Anda boleh mengupah pihak ketiga sama ada seorang freelancer, profesional atau pusat-pusat IT jika berkemampuan. Anda juga boleh belajar membinanya sebelum melakukannya sendiri. Ia mungkin menjadi pilihan terbaik (value for money) jika dipandang dari segi jangka panjang.
• Laman Web Percuma – Terdapat beberapa laman web percuma yang ditawarkan dipasaran namun pilihan nama domain adalah terhad dan agak panjang. Kebanyakannya telah menyediakan template dan banyak ruang-ruang iklan.
• Pergi ke Solobis – Kemudahan ini dicipta bagi mengurangkan jurang teknikal dan risiko dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak template yang boleh dipilih, dan pelbagai alat dan kemudahan perniagaan internet turut ditawarkan seperti sequential Autoresponder, Pop-Up Window Generator, Mailing List Broadcaster, Article Generator, Killer Sales Generator, Headline Generator dan banyak lagi untuk memudahkan anda memulakan perniagaan secepat mungkin. Jika anda mempunyai peruntukan yang terhad, inilah pilihan yang terbaik.
• Mengupah Orang Lain – Anda boleh mengupah pihak ketiga sama ada seorang freelancer, profesional atau pusat-pusat IT jika berkemampuan. Anda juga boleh belajar membinanya sebelum melakukannya sendiri. Ia mungkin menjadi pilihan terbaik (value for money) jika dipandang dari segi jangka panjang.
• Laman Web Percuma – Terdapat beberapa laman web percuma yang ditawarkan dipasaran namun pilihan nama domain adalah terhad dan agak panjang. Kebanyakannya telah menyediakan template dan banyak ruang-ruang iklan.
• Pergi ke Solobis – Kemudahan ini dicipta bagi mengurangkan jurang teknikal dan risiko dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak template yang boleh dipilih, dan pelbagai alat dan kemudahan perniagaan internet turut ditawarkan seperti sequential Autoresponder, Pop-Up Window Generator, Mailing List Broadcaster, Article Generator, Killer Sales Generator, Headline Generator dan banyak lagi untuk memudahkan anda memulakan perniagaan secepat mungkin. Jika anda mempunyai peruntukan yang terhad, inilah pilihan yang terbaik.
Cipta Satu Tawaran Jualan Yang Unik (USP)
Cipta
satu tawaran jualan yang unik (USP-Unique Selling Preposition). Carilah
jalan untuk menjadikan perniagaan anda menonjol dari yang lain. Jadikan
diri anda dan laman anda unik dengan menawarkan sesuatu yang orang lain
tidak berikan. Sebagai contoh, tawaran setengah harga, tawaran untuk 20
pelanggan pertama, pertandingan, promosi perayaan, jualan tahun baru,
bonus percuma, laporan dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Pasti
akan mengundang lebih kunjungan ke laman anda. Ini penting kerana
matlamat laman web anda tidak akan tercapai jika sekalipun sejuta
pengunjung yang datang tetapi hanya sedikit yang membeli. Jika hanya 1%
sahaja dari jumlah pengunjung yang membeli, bermakna ada sesuatu yang
tidak kena.
Tulis Surat Jualan yang Berkesan
Laman
web anda perlu dihasilkan sebagai surat julan, bukannya brosur atau
pamplet. Ini adalah kerana brosur tidak dapat menjual!. Brosur hanya
menunjukkan gambar dan penerangan sahaja. Ia sukar untuk membantu
jualan. Anda pasti tidak mahu kehilangan pelanggan. Surat jualan anda
seharusnya mengandungi perkara-perkara berikut:- Headline
- Sub-headline
- Apa yang ditawarkan dan kelebihan
- Tawaran jualan yang unik
- Percuma/tawaran istimewa
Anda
perlu mencari headline yang akan menarik perhatian pengunjung, jika
tidak mereka tidak akan terus membaca surat anda. Pemilihan headline
boleh menaikkan atau menjatuhkan jualan anda! Andaikan anda menjual
video bagaimana membaiki komputer, jadi cipta headline yang menarik
perhatian seperti “Belajar Menjadi Pakar Membaiki Komputer Dalam Masa 1
Hari”. Pengunjung, terutamanya yang mahu menjadi pakar komputer pasti
akan terhenti dan membaca surat jualan anda.
Sub-headline
pula perlu manggalakkan pengunjung untuk terus membaca. Seharusnya anda
memberikan harapan betapa anda mampu menunaikan hajat mereka.
Memandangkan anda berjaya membuat mereka terus membaca, maklumkan bakal
pembeli anda tentang faedah dan kelebihan produk anda. Sebagai contoh,
katakan produk anda adalah yang terbaik dan termurah di pasaran (jika
benar). Anda boleh sokong pernyataan ini dengan beberapa testimoni dari
pembeli yang berpuas hati. Jika anda mempunyai tawaran percuma atau
istimewa, jangan ragu-ragu untuk memberi!. Anda juga boleh selitkan
sedikit preview kepada video anda untuk 1 minit.
Mewujudkan Proses Pembayaran Kad Kredit/Online
Jika anda berjaya menjual, apa yang anda perlu adalah Pemproses Pembayaran Kad Kredit. Urusan jualan yang dilakukan secara online menggunakan kad kredit dengan program tersebut lebih mudah dan selamat. Ia akan memproses pembayaran melalui kad kredit untuk anda mungkin dalam semalaman dan memindahkan bayaran terus ke bank tempatan anda (akaun anda).
Beberapa pemproses yang popular adalah seperti berikut:
www.2CheckOut.com
www.ibill.com
www.paypal.com
www.stormpay.com
Selain
dari Pemproses Kad Kredit, di Malaysia, perkhidmatan perbankan internet
juga amat popular. Pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah, pantas
dan selamat terus ke dalam akaun bank. Perkhidmatan yang paling
mendapat sambutan adalah MAYBANK2u yang merupakan pelopor perbankan
internet.
Memasarkan Perniagaan Online Anda
Kini
tiba masanya memasarkan ke pasaran yang anda sasarkan. Setiap Model
Perniagaan Internet memerlukan strategi pemasaran dan taktik yang
berbeza. Anda mesti tahu pendekatan yang terbaik dalam memasarkan produk
anda. Jika tersilap, anda mungkin akan membazirkan masa, wang, dan
usaha berbanding yang sepatutnya. Saya akan kongsi bersama anda beberapa
cara menggalakkan pengunjung melawat laman anda dan menjadi pembeli
berpotensi anda dalam bacaan seterusnya. Anda boleh memilih sama ada
mengiklan di laman iklan percuma atau berbayar yang banyak terdapat di
internet.
Menjejak Jualan dan Pengunjung ke Laman AndaAnda perlu ketahui berapa ramai pengunjung ke laman web anda. Ini dapat dikesan dengan mudah jika hos anda menyediakan kemudahan statistik laman.
Nisbah yang baik adalah sekurang-kurangnya seorang dari seratus pengunjung membeli produk anda. Jika lebih, nampaknya anda telah bermula dengan baik. Jika kurang, nampaknya anda perlu berbuat sesuatu dengan pantas. Mungkin dengan mengubah susun atur, menulis surat jualan yang lebih hebat, atau headline yang lebih gah! itulah sahaja serba sedikit keterangan yang dapat saya sampaikan..
terima kasih...
No comments:
Post a Comment